Selama itu juga bonda memendam rasa melihat sakitmu
Sungguh besar pengorbanan mu anak demi terus melihat bondamu
Bertapa tabah engkau harungi hidup berbekalkan secebis hatimu.
Sungguh bonda tidak sekuat dirimu
Sungguh bonda tidak setabah engkau
Berbekal sedikit harapan bonda bangun.
Kerana dapat bonda rasa engkau juga merestui niat itu
Kadang kala bonda bersangka akan adekah jalan terang hidupmu
Tetapi berbekal yakin dan redha bonda gagahi engkau harus dibantu
Aduhai anak melihat dirimu menanggung sakit meluluhkan naluri seorang bonda.
Tetapi engkau masih mahu bngun tunjukan kekuatan mu
sesungguhnye kekuatan itu tidak sepadan usiamu
Sekarang bonda mencuba sayg....maafkan bonda jika ianye lambat...bukan itu yg bonda fikir tp itu yg terjadi
Selagi engkau masih dipelukan...kuatkan lah tenaga mu...
Biarpon bond hidup dengan alunan tangismu tp bonda masih bersyukur kerana AMMAR DANISH masih dipelukan bonda
Tiada dua tiga AMMAR hanye engkau...
Hiduplah engkau membawa aliran darah bonda ayahda di tubuhmu
Jika kelak kesembuhan milikmu tiada siapa dpat menyangkal.
Dlam dirimu ade besi kekuatan....
Parut di tubuhmu tanda kekuatanmu berada di puncak.
REZEKI KESEMBUHAN BAKAL TIBA
HANYE TEKAT TUNJANG KEKUATAN
Perjuangan ammar danish tersemat abadi
harapan doa penyuluh jalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan